Sabtu, 4 November 2017

SEJARAH SURAU AL-MUKHLISIN


Pada  tahun 1956 , Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok telah ditubuhkan dengan bangunan setingkat dan tidak mempunyai surau .

Selepas itu , pada tahun 1988 , telah menyingkap satu lembaran baru bagi SMA Bugisiah Tampok, iaitu membina surau dengan menambah lagi satu tingkat di blok kayu yang bernama Blok Fiqhi. Di tingkat kedua itulah menjadi surau kepada semua pelajar lelaki.


Pada tahun 2003, surau berpindah ke bangunan kemahiran iaitu Blok Thaqifi. Di aras kedua menjadi surau untuk keselesaan pelajar berbanding surau yang lama.
Pada tahun 2006, terdapat beberapa hamba Allah yang ikhlas menawarkan diri menyiapkan bangunan surau dan mendermakan RM80,000 , RM 40,000 , pasir , batu dan lain-lain untuk membuat rangka surau yang tergendala  prosesnya lebih kurang setahun. 

Pada tahun 2008,  kehadiran sekumpulan ibu bapa seramai 15 orang dari Ulu Tiram telah memberi satu cadangan. Pihak ibu bapa tersebut telah meminta pihak sekolah menyediakan bahan binaan untuk menyiapkan binaan.

Pada tahun 2008, bangunan baru telah siap dibina dan murid-murid berpindah ke surau tersebut. Surau yang baru dibina telah memberi  keselesaan murid-murid.
MENGAPA DINAMAKAN SURAU AL-MUKHLISIN ?


Nama Al-Mukhlisin(orang yang ikhlas) dipilih sempena mengenang jasa beberapa hamba Allah yang telah mendermakan dana untuk membina surau baru secara ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan